Pengenalan
Surah An-Naas adalah
surah terakhir iaitu yang ke 114 setelah Surah Al-Falaq, dalam Al-Quran. Ia
terdiri daripada enam ayat dan tergolong dalam surah Makkiyah (turun sebelum
hijrah). Nama “An-Naas” yang bermaksud manusia, diambil dari perkataan “An-Naas”
yang disebut pada setiap akhir ayat surah ini.
Surah ini pendek dan ringkas namun membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah sebagai pelindung mutlak dari kejahatan syaitan durjana. Iaitu ia menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari golongan syaitan, baik yang berasal dari golongan manusia atau pun jin. Surah An-Naas ini juga adalah surah penerang hati.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan